Selasa, 7 April 2009

Tahniah DS Nizar! Tahniah PAS!


Tahniah DS Ir. Nizar!

Anda memenangi PRK (P59) Bukit Gantang, Perak dengan penuh bergaya:-
  • Menang dengan majoriti bertambah daripada 1566 kepada 2789.
  • Menang dengan sokongan perpaduan kaum Melayu, Cina dan India.
  • Menang tatkala dituduh penderhaka.
  • Menang tatkala dituduh boneka DAP.
  • Menang tatkala dituduh menjual bangsa dan agama.
  • Menang tatkala lawan mengerah seluruh kekuatan mereka menyerang anda.
Tapi anda berjaya melalui ujian-ujian tersebut dengan tenang dan sentiasa tersenyum, tanda ketokohan seorang pemimpin, bersemangat kental dan berkarisma. Itulah X Factor anda!

Syabas kepada YB Dato' Seri dan Hidup PAS! Hidup PR!

Kate teman:-

Berkhidmatlah dengan baik untuk rakyat, agama dan negara. teruskan perjuangan membela rakyat Malaysia. Kita adalah satu bangsa Malaysia, satu negara Malaysia. Allah akan tetap bersama-sama khalifahNya yang adil dan saksama dibumiNya.

Jumaat, 3 April 2009

Pak Lah, we thank you


Hari ini Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke 5 yang disandangnya sejak 30 Oktober 2003.

Sebagai Perdana Menteri, Pak Lah digerakkan sepenuh hatinya untuk berkhidmat kepada negara, dan itulah yang beliau lakukan. Beliau sentiasa meletakkan negara mendahului segalanya dan melaksanakan tanggungjawab itu dengan sebaik mungkin.

Pak Lah adalah seorang pemimpin yang baik hati dan tinggi pekertinya, sebagai pemimpin dalam negara yang majmuk, beliau tidak pernah memainkan isu perkauman dan agama dalam permainan politiknya, ini lah yang meletakkan Pak Lah sebagai seorang pemimpin Malaysia tulin.

Walaupun beliau pernah dikritik dan dihina oleh lawan mahupun kawan atas dasar polisi dan personalitinya, namun beliau tetap tenang, bersabar dan bersikap terbuka. Ini yang meletakkan peribadi beliau lebih tinggi dari mereka yang memperendah integriti Pak Lah.

Hari ini akan menjadi kenangan kepada rakyat Malaysia yang terpaksa meredhai persaraan seorang Perdana Menteri Malaysia yang berwibawa. Sejarah akan mencatatkan Pak Lah sebagai seorang pemimpin agung yang ikhlas dan jujur mentadbir Malaysia.

Komen teman :-

Pak Lah, we wish you well
We pray for your good health
We, the people say thank you, Pak Lah!