Ahad, 25 April 2010

PRK - P94 Hulu Selangor - PKR Kalah!

PKR Kalah! Datuk Zaid Kalah!
Tahniah BN! Tahniah P.Kamalanathan!
Pengundi Hulu Selangor telah membuat keputusan!


Kata Teman:-

Kalah atau Menang adalah adat pertandingan. Jika strategi baik, formula baik. Menang adalah relatifnya.

Sabtu, 24 April 2010

Pesanan Terakhir Kepada Pengundi P94 Hulu Selangor

Tepat jam 12.oo tengah malam ini. Tamatlah tempoh berkempen untuk mereka yang bertanding termasuk parti-parti yang diwakili. Selamat mengundi untuk para pengundi di Hulu Selangor. Pilihlah calun yang terbaik untuk daerah ini. Pasang niat bahawa anda mengundi demi keadilan dan kemakmuran negara ini kerana Allah.

Kate Teman :-

Idok le teman endak bercakap banyak, tengok poster di atehtu dan lakukan la ye!

Khamis, 22 April 2010

Untuk Para Pencaci Datuk Zaid

Salam,

Nampaknya serangan peribadi terhadap Datuk Zaid masih tidak berhenti. Malah makin menjadi-jadi. Di dalam blogs kita akan membacanya setiap hari. Paling banyak diulangi ialah sebagai kaki arak dan tahi judi. Mereka ni sampai lupa nak kawal diri. Kutuk punya kutuk tertempelak kawan sendiri. Mengelabah sikawan bagai tak terperi. Nak bodek pun tenguklah dulu sejarah kengkawan di kanan-kiri.

Tapi Datuk Zaid ni berpekerti tinggi. Dia tenang dan berendah diri. Perkara betul dia tak nafi. Dia pun dah taubat pada Ilahi. Baginya, paling penting memenangi pengundi, demi membela rakyat dan pertiwi.

Syabas Datuk!

Kate Teman :-

Teman cume nak bagi pantun kepada para pencaci ni:-

Bakar kayu menjadi arang
Arang dibakar memanas diri
Jangan mudah menyalahkan orang
Cermin muka lihat sendiri

Dari Selayang ke Batang Kali
Pergi pagi balik petang
Kalau Allah Hendak membagi
Pintu berkuncipun rezeki datang

Isnin, 19 April 2010

Ini Pemimpin Berjiwa Besar


'Saya tidak hipokrit!
Apa yang silap, silaplah.
Saya tidak pernah lari.
Bila salah, saya mengaku
dan saya minta maaf'



Kate teman :-

Ya inilah pemimpin yang kite cari, berjiwa besor, berani meminta maaf. tidak angkuh, mahu menerima kritik, sentiasa belajor dari kehidupan. Ayuh Yob! teruskan perjuangan!

Ahad, 18 April 2010

Pantun Untuk Datuk Zaid


Bersampan ke laut memukat tenggiri
Turut tersangkut siakap dan pari
Biarlah orang berhasad dan dengki
Kita nak menanam budi


Kate Teman :-

Biorle ape deme nak ngata, sampei menghina dan mencerca Datuk. Ingat! perjuangan Datuk ikhlas, berjiwa ikhlas hanya Tuhan yang tahu. Ameikan sifat pemaaf, pasei deme-deme tu dah lupe hukumanTuhan

Sabtu, 17 April 2010

PRK- P94 Hulu Selangor, 25 April 2010


Ya, selamat berjuang Datuk!
Bawakan harapan baru kepada Hulu Selangor
PRK ini peluang Datuk kembali ke Parlimen
Bawakan suara rakyat untuk keadilan!
Tolak politik perkauman!
Perjuangkan pentadbiran bersih!
Bela rakyat miskin!


Kata Teman:-

Teman nyokong yob ni kerana prinsipnya kepada keadilan untuk semua