Selasa, 1 Februari 2011

Pantun Untuk Cikgu Mala

Salam Cikgu Mala,

Tewas kali ini tidak bererti gagal. Pintu kemenangan sentiasa terbuka. Syaratnya tingkatkan pekerti, pancarkan budi, teruskan berkhidmat kepada rakyat, lawat mereka, dengar suara mereka, bantu mereka. Teruskan perjuangan demi merubah Malaysia yang adil!

Teman kasi pantun untuk renungan Cikgu :-

Menjamu tetamu air berkendi
Minum bergilir satu cawan
Gerak lakumu pancaran budi
Baik pekerti orang tertawan

Bercakap lurus berkata benar
Pantang sekali berlagak kasar
Ramah kepada kecil dan besar
Tahu menimbang bijak menakar

Berjiwa tegas berlembut lidah
Bercakap berisi petuah amanah
Bekerja tekun pada yang berfaedah
Dalam bergaul membawa berkah

Menjadi benteng dusun dan kampung
Menjadi pagar teluk dan tanjung
Karam di laut jadi pelampung
Lumpuh di darat jadi pendukung

Kate Teman:
Taat dan taqwa kepada Allah, Taat memegang suruh dan tegah, Insyallah, diberkati.

Ahad, 30 Januari 2011

PRK DUN Tenang - Cikgu Mala Tewas Juga!

Keputusan rasmi PRK-DUN Tenang memihak kepada BN dengan undi diperolehi sebanyak 6,699. Manakala PR-PAS memperolehi 2,952 undi. Majoriti sebanyak 3,707 undi. Peratusan mengundi hanya 67 peratus.

Jawabnya, Cikgu Mala tewas, walaupun punya peribadi hebat dan berkarisma. Rakyat Tenang dah buat keputusan mereka. Kita terima dengan hati terbuka. Paling penting kita terus berkhidmat untuk rakyat Tenang.

Kate Teman :-

Ini cuma satu cobaan je. Ujian pertame kali bertanding. Kemenangan kita hanya tertunda, kita cube dan cube lagi pada masa depan sehingga berjaya!

Hari Mengundi DUN Tenang disirami Hujan Rahmat!

Ahad, 30 Jan. 2011, hari untuk rakyat Tenang memilih wakil mereka untuk DUN Tenang. Hujan pulak turun, setengah tempat dah pun bah. Ada kampung dah mula tenggelam. Usah ghiso, ini hujan rahmat yang menurunkan sama keajiban untuk merubah senario politik di sini, berubah kepada PAS lak!

Jadi kepada Yob dan Yong, semangat kite jangan lak luntor dek kerana hujan. Kite ade tanggungjawab untuk mangkah Cikgu Mala. Pstikan Akak ni menang dengan undi kite! Habih gundi kite tolong mangsa banjir, kite bantu mereka!

Kate Teman
Pastikan kite berubah kepada yang lebih baik! Yang lebih baik itu adalah PAS!

Rayuan Akhir 12.00AM



Aduhai Para Pengundi Melayu DUN Tenang!

Teman mohon sesangatle!

Undilah wanita ini!

Cikgu Mala!

Dia wanita hebat menjadi Wakil Rakyat anda!
Ubah sekarang!

Anda boleh melakukannya!



Selamat Mengundi Dengan Tenang

Untuk DUN Tenang!

Sabtu, 29 Januari 2011

Ramalan 7.00PM - Cikgu Mala Akan Kalah!

  • Teman terbace ramalan ILHAM Centre, sebuah firma penyelidikan bebas. Deme ni kate BN akan memenangi kerusi DUN Tenang esok, dengan peningkatan sokongan pengundi dan majoriti berbanding keputusan pilihanraya Umum 2008!
  • Hasil kajian deme ni pada 26-28 Jan 2011, BN dijangka memperolehi 73.1% undi Melayu, Cina 48.6%, India 50% dan kaum lain 75%.
Kate Teman :
Ini maknenye Cikgu Mala akan tewas esok! Adduuhh...tak leh jadi ni, Teman kena doa banyak-banyak, usaha lain dah abis ni !

Jumaat, 28 Januari 2011

PRK Tenang - Masih Ada 30 Jam Lagi !

  • Masa dah singkat weh! Moh kite pengundi berdaftar yang tinggei dan yang berkeghoje di Kulumpo, Singapore dan dimana aje balik ke Tenang petang ni!. Kite tabalkan Cikgu Mala sebagai Wakil Rakyat kite yang baru pada hari Ahad ini (30.01.11)!
  • Kate Yob Mazlan Aliman, Ketua Penerangan PAS Johor, kite chomer perlu 75% pemilih berdaftar keluor mengundi untuk menawan DUN Tenang. Moh kite Yong! Moh kite Yob! Jom weh! kite ngundi Cikgu Mala.

Kate Teman,

Malam ni dan esok kite pegi dengor ceramah PR, bior naik lagi semangat kite untuk ngundi Akak ni!

Khamis, 27 Januari 2011

Cikgu Mala menghanduk bah le!

Syabas! Cikgu Mala sanggup meghedah ayo bah untuk melawat mangsa banjir, walaupun ada risiko tejeghombab (terjatuh) oleh arus maupun aral yang lain. Ini pemimpin rakyat. Demi rakyat dan untuk rakyat sanggup menempuh bencana dan dugaan.

Bak kata Tuan Guru Nik Aziz "Beliau ni (Cikgu Mala) nampak hebat dan layak untuk menjaga bumi Allah bukan Johor sahaja"


Kata Teman,

Memang hebat wanita ini, dahlah ayu, bahasanya pun sopan, tingkahlaku pun tertib. Kalo dah jumpa calon pemimpin selayak ini, apa pikio-pikio lagi, pangkah aje weh!

Rabu, 26 Januari 2011

Biodata Cikgu Mala

Teman catatkan biodata Cikgu Mala, calon PAS No5 DUN Tenang, supaya pengundi dapat memilih beliau dengan tenang bila dah tahu latarbelakangnya:-

Nama :
Puan Normala Sudirman

Lahir :

6 Jun 1972

Tempat lahir :
Kampung Serom 3, MuarJohor

Pendidikan :
Sekolah Kebangsaan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan Kemelah
Sekolah Menengah Tenang Stesen
Sekolah Datuk Paduka Bentara Dalam
Maktab Tuanku Bainun

Jawatan Politik :
Ketua Dewan Muslimat PAS Labis
Naib Ketua Dewan Muslimat Johor
Exco Pendidikan Dewan Muslimat PAS Pusat
Penyelia Pusat Aduan Rakyat DUN Tenang


Kata Teman :-

Kalo le teman pengundi di sana, tak payah nak pikio lame, teghuih pangkah je Cikgu Mala ni he..he..

Selasa, 25 Januari 2011

PRK-N05 DUN Tenang

Selepeh PRK-59 Bukit Gantang pada 7 April 2009 dan PRK-P94 Hulu Selangor pada 25 April 2010, Teman bercuti dari perkembangan politik. Kini PRK datang lagi, di N05 Tenang pula.

PRK yang ni teman minat benor, pertamanya, ia berlaku di Johor kubu kuat UMNO dan keduanya PAS ada harapan menang. Ini ramalan teman.


Kata Teman,

Cikgu Mala ni cool dan cun..he..he