Ahad, 22 April 2012

AI ! you da man!


They want to knock you out the top of the game
But you stand up, and their truth all lame
You hold cannon that shoot balls of flames
Beat them in the whole damn game

Come PRU13!
We, the people didn't want to make a longer game
You will carve your name as our next PM!

Kate teman:

Ya Allah amen!

Isnin, 19 Mac 2012

Alahai Tan Sri Kadir

Hari ini, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir membuat keputusan untuk meninggalkan parti yang telah beliau anggotai selama 56 tahun, sejak tahun 1956. 

Kesiannya! hanya dengan satu kritikan untuk membetulkan apa yang beliau rasa tidak betul dilakukan oleh pemimpin parti telah mengorbankan keahliannnya dalam parti. Menurut beliau, pandangan yang diutarakannya itu, jika dikaji secara terperinci, adalah sesuatu yang baik untuk melengkapkan transformasi politik kepimpinan partinya. betul juga!

Kepada Tan Sri, teman nak kasi pantun orang-orang tua dulu buat pedoman:-

Yang semah ada helatnya
Yang bidan ada bangsanya
Yang rumah ada adatnya
Yang tepian ada bahasanya

Kalau berbuah ada ranumnya
Bila cendawan ada kelatnya
Kalau menegur ada hukumnya
Bila menyanggah ada adatnya

Kate teman:-

Kalo oghang tua menegor, jangan kalut, pikio dulu, paseinya:-
Bila dikaji ilmunye dapat
Bila dipakei hidup selamat
bila diikut idok le sesat
Bila diturut banyaklah berkat

Khamis, 1 Mac 2012

Pantun Semangat Untuk Nurul Izzah

Alahai, kisahnya seorang Yeop ni. Pada hari Ahad 26.02.12 yang lalu, tunjuk lagak buat provokasi. Serang Kak Yong tunjuk berani. Hampir penumbuknya singgah di pipi. Hangin bebenor dia pada pemimpin jelita ni. Sedangkan, Kak Yong datang ke Felda Lepar Hilir1, Pahang tu, hanya berceramah memberi pendidikan politik kepada rakyat, atas kebebasan bersuara dan lunas demokrasi.

Alahai Yeop, mana kematangan politik nilai mike, jangan buat lagu tu, sabor dan bertenang le. Hujah biarlah berlawan dengan hujah. Rakyat le ni cintakan demokrasi, bukan sepak terajang, hamun dan maki. Grow Up Bro!

Pantun teman kepada Kak Yong:-

Jangan diangkut antan ke seberang
Telengkup penampi di lendan galah
Jangan takut jantannya orang
Hidup dan mati di tangan Allah

Kita tidak mencari suluh
Suluh datang dinyalakan api
Kita tidak mencari musuh
Musuh datang kita nanti 

Isnin, 20 Februari 2012

Renungan untuk Tok Brim

Aweinya dulu, Tok teman sanjung
Sebabnya, sini Tok tak condong, sanapun Tok tak sokong

Teman dok ingat Tok ni menggerak kuasa ketiga
Nak jaga Agama, Melayu dan Raja 
Teman setuju bebenor Tok diangkat ketua

Tapi ghopenya kaki gembor
Cakap berdegor-degor
Hunus keris macam pendekor
Ngalahkan Tok Lela dia punya sembor
Sanggup sensen tangan sedia bertempor
Gaya gertak sehebat halalintor 
Ceh!... ghopenya lakonan bukan bebenor
Ketua macam ni teman tak sior

Pada Tok Brim teman nak pesan
Tok dah hilang sokongan teman
Kate teman:-

Banyak orang pandai berkilap
Sedikit aja pandai bersyair
Banyak orang pandai bercakap
Sedikit aje pandai berfikir

Ahad, 19 Februari 2012

Teman kembali!


Apa kabor weh!
Lama benor teman tak mengemeh blog ni,
Saja maleh, bukanya apa,
Ce nengok perangei deme-deme bercita-cita pemimpin tu,
Kodi pekerti,
Berdano kelaku,
Ngulu ngelior mengata orang,
Melengko lidah memburukkan lawan,
Hilang adab, Hilang sopan.

Daripada berkongsi dosa,
Bior le teman balik ke kampong,
Pagi menoreh, petang mengaei,
Rezeki dapat, pahala pun dapat.

Tapi bila nengok kawan-kawan,
Di bantei kiri dan kanan,
Takkan teman nyadin dan buat nohen je,
Tu yang buat teman kembali semula ni.
Kembali berjuang untuk keadilan

Pegangan teman :-

Putih di muka, putih di belakang
Bertindak tidak palang memalang
Berunding tidak halang menghalang

Duduk tegak beralam luas
Sesak sempit dibantu bernafas
Salah di timbang, baik dibalas
Dimuka terang, di belakang jelas

Selasa, 1 Februari 2011

Pantun Untuk Cikgu Mala

Salam Cikgu Mala,

Tewas kali ini tidak bererti gagal. Pintu kemenangan sentiasa terbuka. Syaratnya tingkatkan pekerti, pancarkan budi, teruskan berkhidmat kepada rakyat, lawat mereka, dengar suara mereka, bantu mereka. Teruskan perjuangan demi merubah Malaysia yang adil!

Teman kasi pantun untuk renungan Cikgu :-

Menjamu tetamu air berkendi
Minum bergilir satu cawan
Gerak lakumu pancaran budi
Baik pekerti orang tertawan

Bercakap lurus berkata benar
Pantang sekali berlagak kasar
Ramah kepada kecil dan besar
Tahu menimbang bijak menakar

Berjiwa tegas berlembut lidah
Bercakap berisi petuah amanah
Bekerja tekun pada yang berfaedah
Dalam bergaul membawa berkah

Menjadi benteng dusun dan kampung
Menjadi pagar teluk dan tanjung
Karam di laut jadi pelampung
Lumpuh di darat jadi pendukung

Kate Teman:
Taat dan taqwa kepada Allah, Taat memegang suruh dan tegah, Insyallah, diberkati.

Ahad, 30 Januari 2011

PRK DUN Tenang - Cikgu Mala Tewas Juga!

Keputusan rasmi PRK-DUN Tenang memihak kepada BN dengan undi diperolehi sebanyak 6,699. Manakala PR-PAS memperolehi 2,952 undi. Majoriti sebanyak 3,707 undi. Peratusan mengundi hanya 67 peratus.

Jawabnya, Cikgu Mala tewas, walaupun punya peribadi hebat dan berkarisma. Rakyat Tenang dah buat keputusan mereka. Kita terima dengan hati terbuka. Paling penting kita terus berkhidmat untuk rakyat Tenang.

Kate Teman :-

Ini cuma satu cobaan je. Ujian pertame kali bertanding. Kemenangan kita hanya tertunda, kita cube dan cube lagi pada masa depan sehingga berjaya!