Sabtu, 31 Januari 2009

PAPA - Program Anak Angkat Palestine

Pada 30 Januari 2009, Yayasan Wanita Islam (YATI) melaksanakan Program Anak Angkat Palestine (PAPA) bagi membela nasib anak-anak yatim dan miskin di negara itu.

Tujuannya ialah bagi membolehkan rakyat Malaysia mengambil kanak-kanak ini sebagai anak angkat untuk membantu mereka dari segi keperluan menyara hidup. Bagaimanapun anak-anak ini akan tetap tinggal di Palestine.

Program ini adalah menggunakan sistem anak angkat dan ibu-bapa angkat berkelompok bagi memastikan semua anak-anak ini mendapat agihan bantuan dan tidak akan mengalami masalah terputus pembiayaan jika ada ibu-bapa angkat yang tidak berupaya lagi meneruskan sumbangan.

Kadar sumbangan atau pembiayaan dari setinggi RM3,500 hingga serendah RM350 setahun.

YATI akan menyalurkan wang dana di bawah program PAPA terus kepada Persatuan Al-Solah Al-Islamiyah di Rafah dan Qariah Athfal SOS di Gaza untuk diserahkan kepada anak-anak di situ dalam bentuk keperluan seperti makanan, pendidikan, penjagaan kesihatan serta tempat perlindungan.

Orang ramai yang berminat menyertai program PAPA boleh mendapatkan borang di sekretariat YATI ataupun menghubungi 03-42705941 untuk mendapat maklumat lanjut.

Kate teman:

Syabas! satu usahe yang murni, teman nyokong sangat weh! Teman pun rase nak kongsi le satu Hadis dengan kome semue yang dibagitahu oleh ustaz di surou teman:

"Orang yang berusaha membantu anak-anak yatim
seperti berjihad di jalan Allah"
(h.r : Al-Shaikhani dan At-Tirmizi)

Jumaat, 30 Januari 2009

Kalutnya Orang Politik Negeri Perak


  • 20.01.09. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (MP Bagan Datok) mengeluarkan arahan melarang semua ketua jabatan agensi kerajaan pusat dari menghadiri sebarang jemputan mesyuarat kerajaan negeri Perak.
  • 25.01.09. Datuk Nasarududdin Hashim (ADUN Bota) mengisytiharkan keluar dari BN dan UMNO untuk menyertai PKR atas alasan amat yakin dengan kepimpinan PKR.
  • 29.01.09. Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali (ADUN Pengkalan Hulu) mengesahkan beliau melepaskan jawatan tersebut dengan alasan perbuatan Datuk Nasaruddin sebagai undi tidak percaya terhadap beliau.
Kate teman :

Alahai! ceghun-ceghin teman dibuatnye, ape ke hei YB-YB kite tu, sikit-sikit nak nyelap, sikit-sikit nak hincit diri. Kome semue tu harapan rakyat, pemimpin rakyat, rakyat yang buat keputusan untuk melantik kome jadi wakil deme. Le ni, teman nak bagi pepatah lame bior kome pikiorkan:-

Berkuasa tidak memaksa
Berpengetahuan tidak membodohkan
Berpangkat tidak menghambat
Duduk muafakat menjunjung adat
Duduk bersama berlapang dada
Duduk berkawan tak tenggang rasa

Khamis, 29 Januari 2009

Fatah dan Hamas : Bersatulah!


Pada 28 Januari 2009, ahli-ahli politik dan intelektual Palestine menyeru pergerakan Hamas dan Fatah mengetepikan perbalahan mereka demi perjuangan rakyat Palestine.

Satu petisyen dikeluarkan di Tebing Barat dan di Genting Gaza bagi mendesak pergeseran politik antara kedua-dua pergerakan tersebut di hentikan.

Perpecahan politik dan geografi ini membawa kerugian serta melemahkan perjuangan rakyat Palestine terhadap Israel, ia melemahkan usaha penubuhan negara Palestine yang merdeka, kata Abdel Rahim Mallouh salah seorang penandatangan petisyen itu.

Kate teman:

Itu le paseinye, dah lebih 60 tahun deme dibantei Yahudi, sesame deme pun tak endak bersatu. Kuase punye hei masa depan generasi deme lebor. Biut betui le!

Ce le ambik pakei pepatah Melayu "bersatu teguh bercerai roboh"

Kita rakyat Malaysia kena ambik teladan ni, bior le kite ni hidup "bagei aur dengan tebin" Selamat.

Selasa, 27 Januari 2009

Trauma anak-anak Gaza City


Pada 27 Disember 2008, Israel menyerang Gaza City, Palestine. 22 hari kemudian ia berundur.

Serangan di Gaza telah membunuh 1,285 penduduknya dan seramai 280 adalah kanak-kanak. Manakala 4,000 lagi kanak-kanak cedera.

Daripada 1.4 juta penduduk Gaza, 56 peratus adalah kanak-kanak.

Anak-anak ini akan membesar dengan trauma dan kesengsaraan di jiwa mereka. Apakah di hati mereka akan ada perasaan penuh benci dan dendam yang akan menjadikan mereka pelampau keganasan apabila dewasa?

Kate teman:-

Udah tentu anak-anak itu akan mengalami kesan psikologi negatif jangka pendek dan jangka panjang (negative short and long term psychological effect) yang merangkumi perasaan marah, ketakutan, stress dan bersikap agresif keterlaluan. Dalam kontek yang lain akan mengalami "permanent psychosocial trauma". Kesian mereka.

Gegham betoi teman dengan Israel ni, ghase nak bantei aje deme tu, bior berdamor sekor-sekor. Tapi apakan daye Yob! Kalau dunia pun tak boleh nak tolong ape lagi teman!

Isnin, 26 Januari 2009


Kong Hee Fatt Choy!
Kepada semua rakyat Malaysia