- 20.01.09. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (MP Bagan Datok) mengeluarkan arahan melarang semua ketua jabatan agensi kerajaan pusat dari menghadiri sebarang jemputan mesyuarat kerajaan negeri Perak.
- 25.01.09. Datuk Nasarududdin Hashim (ADUN Bota) mengisytiharkan keluar dari BN dan UMNO untuk menyertai PKR atas alasan amat yakin dengan kepimpinan PKR.
- 29.01.09. Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali (ADUN Pengkalan Hulu) mengesahkan beliau melepaskan jawatan tersebut dengan alasan perbuatan Datuk Nasaruddin sebagai undi tidak percaya terhadap beliau.
Alahai! ceghun-ceghin teman dibuatnye, ape ke hei YB-YB kite tu, sikit-sikit nak nyelap, sikit-sikit nak hincit diri. Kome semue tu harapan rakyat, pemimpin rakyat, rakyat yang buat keputusan untuk melantik kome jadi wakil deme. Le ni, teman nak bagi pepatah lame bior kome pikiorkan:-
Berkuasa tidak memaksa
Berpengetahuan tidak membodohkan
Berpangkat tidak menghambat
Duduk muafakat menjunjung adat
Duduk bersama berlapang dada
Duduk berkawan tak tenggang rasa
Berpengetahuan tidak membodohkan
Berpangkat tidak menghambat
Duduk muafakat menjunjung adat
Duduk bersama berlapang dada
Duduk berkawan tak tenggang rasa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan