Ahad, 29 Mac 2009

PRK Bukit Gantang - Laporan (4) 29 Mac '09


Ahad 29 Mac 2009. Tepat jam 11.20 pagi, 3 orang calon yang akan bertanding bagi kerusi parlimen P59-Bukit Gantang, Perak pada 7 April 2009 depan diumumkan:-
  • Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin - PAS
  • Ismail Safian - BN
  • Kamarul Ramizu Idris - Bebas

Kate teman:-

Jumaat, 27 Mac 2009

Earth Hour - March 28.2009


Diramalkan dalam masa 20 tahun kira-kira pada tahun 2030 :-
  • Kebanyakan kawasan pesisiran pantai di seluruh dunia akan ditenggelami air, dilanda ribut taufan dan banjir dimana ia bukan lagi satu fenomena tapi akan menjadi kebiasaan.
  • Kemarau juga akan berlaku.
  • Makanan berkurangan dan berlaku masalah kebuluran
  • Jumlah penduduk dunia meningkat dua atau tiga kali ganda.
  • Perang banyak berlaku akibat masalah- masalah di atas.
Itu adalah pendapat pakar "environmental specialist" yang menyatakan kesan dari pemanasan global. Ingatlah! 20 tahun tidak lama.

"In our our planet's darkest hours, you could be the brightest light.
Switch off for an hour and switch on to a whole new lifestyle"

(Malaysian Today : Mar 26, 2009)
Kate teman :-

Teman sokong 100%, teman akan tutup lampu ghumah teman, tv dan tido awei, bukan takat sejam je tapi sampei ke subuh ghumah teman gelap. kite oghang Islam tambah dengan doa kepade Allah.

Rabu, 25 Mac 2009

PRK Bukit Gantang - Laporan (3) 23 Mac '09

  • Pas mencalonkan Dato' Seri Ir. Nizar Jamaluddin sebagai calon untuk mewakili Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil (PRK) P59 Bukit Gantang, Perak pada 7 April 2009 depan.
  • Pencalonan tersebut diumumkan oleh Presiden PAS Dato' Seri Abdul Hadi Awang pada 23 Mac 2009 dihadapan 30,000 penyokong Pakatan Rakyat di padang Taman Kota Jaya Taiping.
  • Mursyidul Am PAS, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat telah merestui pencalonan beliau.
  • Pengerusi DAP perak, Dato' Ngeh Ko Ham menyifatkan pencalonan Dato' Nizar sebagai tepat dan terbaik kerana telah menunjukkan ketokohan ketika menerajui Perak dengan pentadbiran yang baik.

Kate teman :-

Teman bersetuju benor le dengan pencalonan Yob kite tu, paseinye peluang kite nak menang dan KOkan oghang sebelah sane tu chegah sangat le wei! Insyallah.

Ahad, 22 Mac 2009

PRK Bukit Gantang - Laporan (2) 21 Mac '09


Sdr. Asmuni Awi, Pengarah Operasi Jentera Pilihanraya Kecil P59 Bukit Gantang dalam sidang media pada 21 Mac 2003 memaklumkan:-
  • Tema kempen PAS dalam PRK tersebut ialah "Kekalkan Kemenangan Untuk Rakyat" Pas akan mensasarkan sokongan daripada pengundi semua kaum sejajar dengan tema tersebut.
  • PAS akan menggunakan strategi 3M iaitu "Menerang...Mendamping...Menawan Hati"
Melalui pendekatan ini PAS akan menerangkan pelbagai isu termasuk isu yang diputar belit lawan. Disamping mendampingi para pegundi dengan bijaksana sekali gus menawan hati mereka untuk mengundi calon PAS.

Beliau percaya kaedah yang akan digunakan itu mampu untuk menrealisasikan harapan Pakatan Rakyat untuk mengekalkan kerusi Parlimen P59 Bukit Gantang ditangan calon PAS.

Kate teman:-

Cantik!

Sabtu, 21 Mac 2009

Ini Pemimpin Ada Integriti


" As the Mursyidul Am, I am like the captain of the ship. If the anchor man wants to see me for something, I cannot refuse, if the oarsman wants to see me I must also entertain him"

Nasihat Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang agar berbincang dengan beliau dahulu sebelum membuat keinginan mengenai penubuhan kerajaan campuran.

(Laporan : The Star)

Kate teman :-

Macam ni le pemimpin berwibawe, tegas, menasihati dan terbuke dengan anak-anak buah. Bukan macam sesetengah pemimpin tu takat cium keris dengan muka bengis tapi lembik.

Benar menyukat adil menimbang
Pantang memilih membezakan orang
Angguknya sama depan belakang
Tegaknya kukuh tahan digoncang

Duduk tegak beralam luas
Sesak sempit diberi nafas
Salah ditimbang baik dibalas
Didepan terang dibelakang jelas

Khamis, 19 Mac 2009

Dayang Nurfaizah Awang Dowty


  • Penyanyi bersuara merdu lenggok R&B ini sudah lama tidak mengeluarkan album terbaru untuk peminat-peminat muzik tanah air dan nusantara.
  • Namun dengan pelancaran cakera padat Dayang yang seiring dengan penerbitan buku "Luka" oleh penulis Tris Zainol Abidin pada 12 Mac 2009 di Belum Rainforest Resort, Pulau Banding di Temengor, Perak setidak-tidaknya dapat mengubati kerinduan peminat, walaupun hanya 2 lagu dimuatkan dalam cakera tersebut iaitu lagu Luka dan Losing You.
  • Apa yang menarik tentang projek Dayang kali ini ialah koloborasinya dengan Tris Zainol Abidin dan Tan Sri Mustafa Kamal, Pengerusi Kumpulan EMKAY untuk memberi kesedaran kepada generasi muda bagi mengenali dan menjadi lebih perihatin terhadap alam semula jadi.

Kate teman:-

Syabas Dayang!

Seandeinye, masih ade cinte kepada peminat seperti teman ni le, jangan le lame benor tanpa album baru, paseinye lagu-lagu mike dan suare mike tu membuai jiwa dan perasaan teman dan para pencinta muzik mike tau.

Terusle berkarya ye!

Rabu, 18 Mac 2009

Pendapat Tun Mahathir Tentang Pergolakan Di Perak


Dalam suatu majlis anjuran Mubarak, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata seperti berikut:-
  • Pengambilan kuasa oleh BN daripada PR di Perak tidak mengikut perlembagaan.
  • Anda tidak boleh menjatuhkan Menteri Besar atau Perdana Menteri tanpa undi tidak percaya yang perlu diadakan melalui persidangan Dewan.
  • BN tidak menunggu persidangan DUN tapi sebaliknya meminta perkenan Baginda Sultan Perak supaya menyingkir Menteri Besar. Setahu saya tiada peruntukan seumpama itu dalam perlembagaan negeri Perak mahupun Perlembagaan Persekutuan.
  • BN sepatutnya mematuhi undang-undang negara terutama perlembagaan, kerana ini boleh menimbulkan konflik dengan undang-undang, kita akan dapati rakyat tidak akan mematuhinya, kerana kita memulakan dengan langkah yang silap, rakyat kini menentang kita.
(Petikan dari : The Malaysian Insider - 14 Mac 2009 dan
Tumpang Sekole.Blogspot 15 Mac 2009) minta izin ya!

Kate teman :-

Demi kesejahteraan, perbetui mane yang tersilap. Jike kite idok melakukan kesilapan tentu kito idok berusahe untuk melakukan pembaharuan!

Ahad, 15 Mac 2009

Umat Islam Nepal Minta Diiktiraf


Utusan Malaysia melaporkan pada Sabtu 14 Mac 2009:-
  • Penduduk minoriti Islam Nepal menuntut mereka diiktiraf di negara tersebut.
  • Jawatankuasa Perjuangan Muslim Kebangsaan Bersatu mahu kerajaan mengiktiraf masyarakat Islam sebagai satu kumpulan etnik di dalam perlembagaan baru yang sedang dirangka dan disiapkan menjelang Mei 2010.
  • Penyelaras jawatankuasa tersebut, Tej Mohammed Miya berkata apabila masyarakat Islam dinegara ini diiktiraf, mereka akan mempunyai wakil di Parlimen dan memperolehi manfaat dari kerajaan bagi meluluskan kuota pekerjaan di dalam sektor perkhidmatan awam, polis dan tentera.
Data rasmi negara tersebut menunjukkan Nepal hanya mempunyai 4.3 peratus daripada 27 juta penduduk negara itu yang beragama Islam.

Kate teman:-

Teman doakan hasrat penduduk Islam Nepal akan dimakbulkan Allah... Amin.

Sabtu, 14 Mac 2009

Serangan di Tebing Ghaza - Siapa yang Israel Bunuh?

  • Pencerobohan Israel di Tebing Gaza selama 22 hari untuk menghancurkan pejuang Hamas telah membunuh 1,434 orang. Mereka yang terbunuh ialah 960 penduduk awam, 239 pegawai polis. Hanya sejumlah 235 pejuang Hamas yang terkorban.
  • Israel menyerang melalui udara, laut dan darat bermula 27 Disember 2008 sehingga 18 januari 2009 dengan alasan untuk memaksa pejuang Hamas dan lain-lain kumpulan militan Islam menghentikan serangan roket dan mortar ke bandar-bandar di selatan Israel.

  • "The Palestinian Centre for Human Rights" melaporkan tentera Israel telah menyerang dengan penuh kekerasan tanpa ada rasa peri kemanusiaan samada mangsa-mangsanya orang awam ataupun pejuang.
  • Jurucakap tentera Israel menyatakan bahawa mereka sedaya upaya untuk mengelak dari melakukan sesuatu yang buruk kepada orang awam semasa serangan-serangan itu dilakukan.

(Laporan : New Straits Times -March 14.2009)

Kate teman :

Ce tengok sape yang Yahudi tu bunuh, oghang awam atau pejuang? sampeikan polis pun deme tumbangkan. Nampak sangat le niat buruk deme tu!

Usah nak bedalih le Yahudi oi!, macam le oghang lain tak tahu niat kome tu, kalou boleh nak hapuskan semua etnik Palestine (Etnic Cleansing) supaye kome boleh ambik tanah-tanah rakyat Palestine untuk dijadikan penempatan haram Yahudi.

Gegham betui le!

Isnin, 9 Mac 2009

PRK Bukit Gantang - Laporan (1) 9 Mac '09

  • Calon PAS Parlimen Bukit Gantang akan diumumkan pada 26 Mac 2009 kata Pesuruhjaya PAS Perak, Us. Ahmad Awang.
  • Jentera Pilihanraya PAS dilancarkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada pagi 09 Mac 2009 di markas PAS di Bukit Cempedak yang terletak dalam DUN Changkat Jering. Turut hadir Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat

Kate teman :

Salam, teman mohon izin 'Sanggahtoksago.Com' untuk muatkan laporan beliou di ateh tu dalam blog teman ni, paseinya teman nyokong benor PAS bertanding di situ dan teman minte-minte le pengundi-pengundi di sane tu menangkan calon PAS, paseinya lagi teman tak gemor betui dengan peghangei oghang-oghang sebelah sane yang tak gentleman ghampeh kuase.

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 2009


Salam:
Kepada para pengunjung
Diucapkan Selamat Menyambut Hari Kelahiran
Nabi Muhammad SAW bagi tahun 2009


Sesungguhnya Allah tidak mengutuskan daku untuk menyukarkan dan tidak pula sebagai mencari kesilapan dan keaiban orang lain, sebaliknya Allah mengutuskan daku sebagai guru yang memudahkan

(Sabda Rasulullah)

Selasa, 3 Mac 2009

Kisah Anak Patong Yang Heboh Di Amerika


  • Anak patong yang dinamakan "Little Mommy Cuddle N Cool Doll" yang dikeluarkan oleh Fischer Price, Mattel didapati mengeluarkan suara yang berunsur dakwah yang menyebut "Islam Is The Light" telah mendatangkan keresahan ibu-bapa di Amerika Syarikat.
  • Permainan video yang dinamakan "Nintendo DS Game-Baby Pals" keluaran syarikat Crave Entertainment juga didapati mengeluarkan mesej dakwah Islam yang sama turut meresahkan ibu-bapa di Amerika Syarikat.
03.02.09 Akhbar Washington County MD melapurkan seorang ibu bernama Tommy Jacobs telah membeli anak patong tersebut daripada Toys 'R' Us untuk anaknya bimbang pesanan tersebut akan mempengaruhi anak-anaknya.

05.02.09 Laman Web : Examiner.Com memuatkan aduan seorang ibu, Rachel Jones yang mengadu permainan video anaknya "Nintendo DS Game-Baby Pals" juga mengeluarkan suara "Islam Is The Light". Kata beliau ini merupakan strategi jihad puak Islam yang mahu menyebarkan Islam kepada anak-anak di Amerika Syarikat.

25.02.09 The Dunn County News (E-Edition) melaporkan sebuah kumpulan yang bergelar "Moms Act Mattel for Accountability (MAMA)" mendesak supaya permainan kanak-kanak ini melekatkan notis peringatan kepada ibu-bapa berbunyi " This doll say's Islam Is The Light- an invitation to your child to join Islam"

Kate teman:

Deme tu bile terkene kat diri deme mule le kecoh dengan berbagei tindakan, tapi deme tak sedor pule yang oghang-oghang deme tu dah berpuluh-puluh tahun cobe mnenyesatkan anak-anak Islam, Alahai.