Khamis, 22 April 2010

Untuk Para Pencaci Datuk Zaid

Salam,

Nampaknya serangan peribadi terhadap Datuk Zaid masih tidak berhenti. Malah makin menjadi-jadi. Di dalam blogs kita akan membacanya setiap hari. Paling banyak diulangi ialah sebagai kaki arak dan tahi judi. Mereka ni sampai lupa nak kawal diri. Kutuk punya kutuk tertempelak kawan sendiri. Mengelabah sikawan bagai tak terperi. Nak bodek pun tenguklah dulu sejarah kengkawan di kanan-kiri.

Tapi Datuk Zaid ni berpekerti tinggi. Dia tenang dan berendah diri. Perkara betul dia tak nafi. Dia pun dah taubat pada Ilahi. Baginya, paling penting memenangi pengundi, demi membela rakyat dan pertiwi.

Syabas Datuk!

Kate Teman :-

Teman cume nak bagi pantun kepada para pencaci ni:-

Bakar kayu menjadi arang
Arang dibakar memanas diri
Jangan mudah menyalahkan orang
Cermin muka lihat sendiri

Dari Selayang ke Batang Kali
Pergi pagi balik petang
Kalau Allah Hendak membagi
Pintu berkuncipun rezeki datang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan