Sabtu, 14 Mac 2009

Serangan di Tebing Ghaza - Siapa yang Israel Bunuh?

  • Pencerobohan Israel di Tebing Gaza selama 22 hari untuk menghancurkan pejuang Hamas telah membunuh 1,434 orang. Mereka yang terbunuh ialah 960 penduduk awam, 239 pegawai polis. Hanya sejumlah 235 pejuang Hamas yang terkorban.
  • Israel menyerang melalui udara, laut dan darat bermula 27 Disember 2008 sehingga 18 januari 2009 dengan alasan untuk memaksa pejuang Hamas dan lain-lain kumpulan militan Islam menghentikan serangan roket dan mortar ke bandar-bandar di selatan Israel.

  • "The Palestinian Centre for Human Rights" melaporkan tentera Israel telah menyerang dengan penuh kekerasan tanpa ada rasa peri kemanusiaan samada mangsa-mangsanya orang awam ataupun pejuang.
  • Jurucakap tentera Israel menyatakan bahawa mereka sedaya upaya untuk mengelak dari melakukan sesuatu yang buruk kepada orang awam semasa serangan-serangan itu dilakukan.

(Laporan : New Straits Times -March 14.2009)

Kate teman :

Ce tengok sape yang Yahudi tu bunuh, oghang awam atau pejuang? sampeikan polis pun deme tumbangkan. Nampak sangat le niat buruk deme tu!

Usah nak bedalih le Yahudi oi!, macam le oghang lain tak tahu niat kome tu, kalou boleh nak hapuskan semua etnik Palestine (Etnic Cleansing) supaye kome boleh ambik tanah-tanah rakyat Palestine untuk dijadikan penempatan haram Yahudi.

Gegham betui le!

1 ulasan:

  1. Salam

    Kejam memamh kejam.
    Teringat dalam petikan akhbar hari tu ada sorang jurucakap Israel mengatakan "mereka (kanak-kanak) nmpak seperti budak, tapi mereka pengganas" ish angkuh bebenor

    BalasPadam