Isnin, 23 Februari 2009

Dato' Nizar!!!


Dari Matang Ke Lumut Kiri
Sampai di Pangkor berlabuh sauh
Jantan berani berpantang lari
Jantan tempat rakyat berteduh

Rupa gagah hati berani
Semangat cekal percaya diri
Kukuh berdiri di kaki sendiri
Menghadap lawan berpantang lari

Kuat menolong ikhlas memberi
Amalan banyak bertanam budi
Gagah menjadi payung negeri
Namamu harum kekal abadi

Kate teman:

Dari rakyat Tuan datang

Untuk rakyat Tuan berjuang
Selamat berjuang pendekar terbilang!

1 ulasan:

  1. Salam.

    Kredibiliti dan peribadinya memang power! Sampai yg bukan Islam pun yakin dengan beliau.

    BalasPadam