Isnin, 9 Februari 2009

The Jedi will return...

Fear is the path to the dark side.
Fear leads to anger.
Anger leads to hate.
Hate leads to suffering!

Duka dan kecewa terhadap apa yang sedang bergolak di negeri Perak:
  • Apa yang dilakukan oleh UMNO/BN di Perak bertentangan dengan kehendak rakyat yang memilih PR untuk memerintah kerajaan negeri Perak menerusi PRU12, Mac 2008.
  • Apa yang dilakukan oleh PAS/PR menyeret masalah politik dengan demonstrasi dan tidak hormat kepada Raja Melayu Perak.
Sebenarnya, PAS janganlah terikut-ikut dengan UMNO yang tidak menghormati Raja-Raja Melayu. Lihat apa yang mereka lakukan semasa krisis Perlembagaan 1983-1993 dan isu perlantikan Menteri Besar Terengganu selepas PRU12. Tanpa di sedari, perbuatan PAS mengikut cara UMNO itu hanya akan merendahkan darjat dan tarafnya. PAS adalah sebuah parti berlandaskan Islam yang mendokong nilai-nilai murni.

Dalam menerima ujian dan takdir yang berat, sifat kesopanan jangan dibelakangkan. PAS harus insaf, ia mampu berjaya dengan nilai-nilainya sendiri tanpa kehilangan keutuhan jiwa parti. Janganlah kerana inginkan untung secupak, rugi segantang. Mahu untung sekarung rugi pulak seguni. Rakyat tahu apa yang berlaku dan PAS perlu bersabar, biarkan rakyat menghukum UMNO bila sampai waktunya. "Every dog will have his day"

kate teman:

Yang semah ada helatnya
Yang bidan ada bangsanya
Yang rumah ada adatnya
Yang tepian ada bahasanya

Sabor! Sabor! Sabor Yob!
Doa orang yang dizalimi tiada berdinding!
Tunggu.... The Return of The Jedi!

1 ulasan:

  1. Salam,

    TPM idokler muncul2 sampei ke mlm kat majlis yang dikatakan die hadir tu. Tak jumpe jalan kut.

    Meriah Perak sekarang, ramai datang berkumpul kat negeri Darul Ridzuan ni yer.

    BalasPadam